Home Nusantara 100 Pasangan Pengantin diarak Menaiki Hop on Hop Off KL

100 Pasangan Pengantin diarak Menaiki Hop on Hop Off KL

389
0
SHARE
100 Pasangan Pengantin diarak Menaiki Hop on Hop Off KL

Keterangan Gambar : Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam (sumber foto : ist/net/pp)

KUALAUMPUR - www.parahyangan-post.com– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada hari ini mengadakan Majlis Walimatul Urus Perdana di Dataran Merdeka sempena dengan menganjuran Karnival MAIWP 2023. 

Majlis Walimatul Urus Perdana ini meraikan seramai 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf dalam majlis gilang gemilang yang bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”. Pasangan pengantin ini menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.

Menariknya, 100 pasangan pengantin diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka dan mereka juga disandingkan atas pelamin yang disediakan. Selain itu, mereka juga menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan pengantin. Dalam majlis tersebut, 2 pasangan pengantin dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail. 

Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 yang bertujuan meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta. 

MAIWP sehingga Disember 2022 telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP. 


Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP. (*)

 

(rd/rl/pp)